Jawatan Kosong di Kementerian Pendidikan Tinggi (MOHE) - 15 April 2016

Posted by Labels: at
Jawatan kosong terkini di Kementerian Pendidikan Tinggi (MOHE) April 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Kementerian Pendidikan Tinggi (MOHE) sebagai :

1. KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN, UNIT PENYELIAAN DAN PEMANTAUAN, BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN INSPEKTORAT (BPI), JPT, KPT

Tarikh tutup permohonan 15 April 2016
Lokasi : Putrajaya
Sektor : Kerajaan


SYARAT-SYARAT UMUM

a. Pegawai terdiri daripada warganegara Malaysia;

b. dilantik tetap dan disahkan dalam perkhidmatan;

c. terdiri daripada pegawai yang berada di Gred 47/48 atau Gred 51/52 mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan 85% dan ke atas bagi tempoh genap tiga (3) tahun berturut-turut (2013, 2014, dan 2015) dalam skim perkhidmatan terkini;

d. bebas daripada sebarang tindakan tatatertib;

e. pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) apabila dipinjamkan ke gred yang lebih tinggi hendaklah telah berkhidmat di gred jawatan hakiki tidak kurang daripada lima (5) tahun kecuali:

i. memiliki kelayakan akademik di peringkat ijazah Doktor Falsafah, tidak kurang daripada dua (2) tahun; atau

ii. memiliki kelayakan akademik di peringkat ijazah Sarjana, tidak kurang daripada tiga (3) tahun.

SYARAT-SYARAT KHUSUS

a. Ketua Program Gred 54 (Terbuka)

i. terdiri daripada pegawai yang berada di Gred 51/52 hingga Gred 53/54 atau setaraf

b. Ketua Program Gred 48 (Terbuka)

i. terdiri daripada pegawai yang berada di Gred 43/44 hingga Gred 47/48 atau setaraf

Info jawatan selanjutnya disini
Post a Comment

Back to Top