Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) - 01 April 2016

Posted by Labels: at
Jawatan kosong kerajaan terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) April 2016 | Jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) April 2016.Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (berasal dari Negeri Sabah dan Sarawak) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) sebagai:

1.  PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

Tarikh tutup permohonan : 01 April 2016
Lokasi : Putrajaya
Sektor : Kerajaan


Permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) melalui portalJobsMalaysia di www.jobsmalaysia.gov.my. Tarikh tutup permohonan adalah pada 1 April 2016.Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi urus setia di talian 03-8871 7372/7406. Calon akan dipanggil temu duga sekiranya melepasi asas tapisan yang telah ditetapkan.

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DG29

(i) diploma dalam bidang perguruan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi perguruan tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,589.00); atau

(ii) diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Sijil Kursus Perguruan Lepas Diploma atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,735.44).

(d) Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DG41

(i) ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,018.52); atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

 (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,222.94); atau

(iii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

 (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,222.94); atau

(iv) ijazah sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,733.98).

(v) ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM3,040.60).

Syarat-syarat Lain

a. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Pendidikan  yang diiktiraf oleh kerajaan/ Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan mendapat markah CGPA/PNGK tidak kurang daripada 3.0;
b. Lulus Ujian Psikometrik;
c.  Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kredit dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Sejarah;
d. Sihat tubuh badan;
e. Aktif dalam aktiviti kokurikulum; dan
f. Tiada rekod jenayah dan bukan seorang bankrap

Post a Comment

Back to Top